Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Adly Mula Tugas Ketua...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memulakan tugasnya hari ini di Kompleks...

Mak Aii!! Demi Jualan...

PEREMPUAN dan shopping sememangnya tidak dapat dipisahkan!Lagi-lagi jika ada jualan murah atau jualan...

Tentera Myanmar Terus Hapus...

COX'S BAZAR - Pasukan keselamatan Myanmar meningkatkan operasi terhadap pemberontak Rohingya, susulan pertempuran...

Pak Lah Sihat Sedang...

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan...

‘El Ayuwoki’ Pula Ancam Serang Manusia Waktu Tidur

SEBUAH video Michael Jackson ala Momo yang mengatakan bahawa bintang yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke bilik tidur pada waktu malam telah mencetuskan satu siasatan polis dilaksanakan.

Rakaman watak yang diinspirasikan daripada Raja Pop berkenaan telah dikongsi secara dalam talian dan mengancam untuk datang ke rumah-rumah sambil menjerit “hee hee”.

Polis di Mexico telah mengeluarkan amaran selepas meme ‘El Ayuwoki’ mendakwa figura ala Momo itu akan muncul pada pukul 3 pagi.

Nama ‘Ayuwoki’ berasal daripada lagu Michael Jackson yang berjudul ‘Smooth Criminal’.

Kenyataan polis berkenaan berbunyi: “Walaupun ramai orang percaya ini adalah sejenis syaitan atau hantu daripada internet, ia bukanlah satu kuasa ghaib.


“Kanak-kanak dan remaja ingin berkongsi dan percaya dengannya kerana ia mengikut trend, tetapi ia boleh menyebabkan masalah tidur, panik atau kebimbangan.”

Media Mexico Infobae melaporkan, pencipta patung itu menjelaskan bahawa arca animasi tersebut dibuat untuk menyamai Elvis Presley tetapi entah mengapa ia akhirnya dipakaikan dengan kostum seperti Raja Pop berkenaan. – Mirror UK

Kategori