• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IJN Berjaya Implan Tanpa Radiasi Wanita Hamil

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya melakukan implan pacemaker dua ruang ke atas seorang pesakit wanita yang hamil tanpa mendedahkannya kepada radiasi.

Pengarah Klinikal Pakar Elektrofisiologi, Dr Azlan Hussin berkata bahawa peranti itu dimasukkan ke dalam jantung seorang suri rumag berusia 30 tahun Isnin lepas melalui teknik pengimejan bukan fluoroskopik, yang pertama di negara ini.

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Dr Azlan berkata pesakit yang berasal dari Perak itu mengalami masalah denyutan jantung yang lemah dikenali sebagai “aritmia” atau denyutan jantung yang tidak normal.

Dr Azlan yang tidak memberitahu namanya berkata pesakit berkenaan berada pada trimester kedua apabila didiagnosis masalah itu dan kini hamil enam bulan anak pertama.

Beliau berkata peranti itu dimasukkan ke dalam dada untuk membantu mengawal denyutan jantung tidak normal bagi mengurangkan komplikasi semasa kehamilan dan bersalin.

“Kami menggunakan sistem magnetik untuk membentuk garis jantung melalui kedudukan magnetik dan meletakkan semula plumbum atau wayar untuk pacemaker yang juga dikenali sebagai sistem Ensite-NavX.

“Tiada radiasi yang terlibat, tidak seperti prosedur biasa untuk memasang implan semasa pembedahan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa imej maya dicipta melalui antara muka dalam sistem wayar yang dimasukkan ke dalam urat melalui kaki, dan disambungkan ke mesin untuk memantau imej.

Beliau menyifatkan kaedah baharu itu sebagai kreatif dan selamat sambil berkata ia memerlukan banyak kerja dan “imaginasi” untuk memintas teknik fluoroskopi.

Dr Azlan berkata pesakit berasa lebih bertenaga dan gembira dengan tahap kesihatannya selepas menjalani pemasangan pacemaker itu. – BERNAMA

Tags: IJNimplan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elaun Pengerusi MPKK Di Perak Mulai Ogos Lalu

Next Post

Kecoh MB Johor Selalu Lewat Hadir Program

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima

Kekalkan Keistimewaan Penjawat Awam Dapatkan Rawatan Di IJN – Cuepacs

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan untuk terus mengekalkan keistimewaan sedia ada yang...

Next Post

Kecoh MB Johor Selalu Lewat Hadir Program

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd