• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Pengerusi MPKK Di Perak Mulai Ogos Lalu

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 829 pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perak atau penghulu menerima khabar gembira selepas kerajaan negeri mengumumkan akan membayar elaun bulanan bermula Ogos lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata setiap pengerusi MPKK akan menerima elaun daripada kerajaan negeri berjumlah RM200 sebulan bermula Ogos, manakala RM500 sebulan daripada kerajaan Persekutuan bermula Oktober.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi elaun bermula dari Oktober.

“Saya akan pastikan pejabat kewangan negeri dapat salurkan elaun tersebut dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmi majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi MPKK negeri 2018-2020 di sini hari ini.

Ahmad Faizal menjelaskan perkara itu diputuskan selepas kerajaan negeri mengambil kira bahawa kebanyakan pengerusi MPKK atau penghulu telah memulakan tugas sejak Ogos dengan menggunakan sumber kewangan sendiri.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, beliau menggesa semua pengerusi MPKK supaya celik teknologi maklumat agar cekap menggunakan aplikasi seperti e-PBT dan e-Aduan untuk memastikan urusan tugasan menjadi lebih baik.

Katanya penggunaan gajet dalam urusan pentadbiran mampu memberi kesan kepada peningkatan produktiviti khususnya penyampaian maklumat. – BERNAMA

Tags: ElaunPenghulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd