• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalkan Keistimewaan Penjawat Awam Dapatkan Rawatan Di IJN – Cuepacs

oleh Mohd Arshad
28/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan untuk terus mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima oleh penjawat awam semasa berkhidmat atau selepas persaraan terutama dalam hal melibatkan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pihaknya bimbang dengan situasi semasa yang berlaku terutama dalam hal melibatkan pesakit-pesakit jantung dalam kalangan penjawat awam dan pesara dikeluarkan daripada IJN

Menurutnya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi maklum balas bahawa kes tersebut melibatkan pesakit yang sudah stabil, Cuepacs berpandangan adalah lebih wajar kerajaan terus terus membenarkan pesakit sedia ada di IJN kekal mendapatkan rawatan terbaik di situ tanpa perlu mengeluarkan atau merujuk semula mereka ke hospital-hospital lain milik KKM.

“KKM sendiri memaklumkan mereka telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bertujuan untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ di Pusat Jantung milik KKM,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan oleh portal Code Blue yang ditulis oleh seorang pesara penjawat awam yang diberhentikan rawatan selepas 25 tahun menerima rawatan rapi di IJN baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan mengeluarkan pesakit sedia ada di IJN hanya akan menyebabkan kesesakan dan masa menunggu yang lama di Pusat Jantung KKM yang sememangnya sudah mempunyai pesakit sedia ada.

“Langkah tersebut juga mengakibatkan pesakit yang dikeluarkan daripada IJN terpaksa menunggu giliran lebih lama untuk dirawat memandangkan rekod semasa mereka di hospital lain masih baru dan perlu memberi ruang kepada pesakit sedia ada,” katanya.

Adnan berkata, sekiranya perkara ini terus berlaku pada masa hadapan, pihaknya bimbang kebajikan penjawat awam dan pesara akan diabaikan terutama dalam mendapatkan rawatan yang terbaik apabila mereka tidak sihat.

“Suatu mekanisme atau pendekatan lain boleh diambil oleh kerajaan sekiranya kos perbelanjaan yang menjadi punca utama permasalahan ini berlaku.

“Alasan penjimatan tidak seharusnya dijadikan asas dalam soal pemotongan perbelanjaan berkaitan penjagaan kesihatan kerana ia adalah keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam dan pesara.

“Pemotongan kos untuk langkah penjimatan harus disasarkan kepada program ‘ad hoc’ lain yang tidak mempunyai keutamaan di semua peringkat kerajaan dan bukannya melibatkan perkara berkaitan keperluan asas rakyat,” katanya.

Sebelum Ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan Institut Jantung Negara (IJN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

Menurut beliau, sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (sebagai contohnya Pusat Jantung Serdang).

Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, KKM mempunyai 10 hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan 7 termasuk mempunyai Perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik.

“KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, untuk memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan discaj apabila keadaan mereka stabil ke pusat-pusat jantung KKM yang lain,” katanya.

SinarHarian-

Tags: IJNkeistimewaanPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd