Sample Page Title

BELUM pun reda dengan kontroversi mengenai isteri-isteri Datuk Osman Sapian menjadi perasmi program kerajaan negeri, kini tindakan Menteri Besar Johor itu sendiri mengundang kontroversi.

Kali ini, kecoh beliau dilaporkan datang lambat pula ke program Majlis Penyerahan Sijil Tawaran Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) anjuran Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada 32 penerima di Johor Bahru semalam.

Bagaimanapun menurut Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor, Dhia Hani dipetik portal tempatan Johor Press, isu ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini sudah banyak kali Osman datang lambat ke program kerajaan negeri.

Malah dalam nada sindiran, penulis itu menjelaskan bahawa pendek kata, imej Osman dan datang lambat berpisah tiada. Namun bezanya, kontroversi kali ini benar-benar cipta ‘rekod sejarah’ baharu buat negeri berkenaan sendiri.

Ia berlaku apabila Menteri Besar ke-16 negeri itu yang juga merupakan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Johor dikatakan datang lambat ke program yang dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Jadi persoalannya, alasan apakah pula yang ingin diberikan oleh Osman kali ini? Kita tunggu….” kata Dhia dalam nada sinis merujuk kepada tabiat pelik Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor tersebut.

Lebih memalukan apabila Sultan Johor dilaporkan lebih berdisiplin tiba jauh lebih awal daripada Osman dan sesudah Sultan Ibrahim duduk di kerusi yang disediakan, barulah Menteri Besar berkenaan tampil ‘tunjuk muka’.

Dhia yang kesal dengan isu itu bertanya soalan cepumas: “Protokol negeri manakah yang digunakan oleh Osman sehingga membolehkan Menteri Besar Johor itu bebas datang selepas ketibaan DYMM Tuanku Sultan Johor?”

“Seingat saya setakat ini belum ada lagi sejarah Menteri Besar Johor sebelum ini yang datang lambat ke program yang dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor. Hanya Osman sahaja yang berani bertindak sebegini rupa!”

Malah Dhia menambah, apa yang lebih cetus kehairanan, kenapa Sultan Ibrahim boleh pula tepati masa dan datang pada waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur majlis dalam setiap program rasmi negeri tetapi Osman tidak?


Inilah jadinya apabila Osman sambil lewa dan tidak belajar dari kesilapan sebelumnya. Bukan sekali dua tetapi sudah banyak kali datang lambat ke program namun tetap juga tidak ambil serius setiap teguran yang diberikan.

Dhia dalam nada marah melontarkan persoalan, ke manakah perginya sikap rasa hormat Osman terhadap Sultan Johor? Sepatutnya sebagai Menteri Besar, Osman perlu tunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat.

“Ini tidak, Menteri Besar pula yang acap kali menunjukkan tindak tanduk tidak senonoh dan memalukan,” katanya sebagai merujuk sikap tidak serius ADUN Kempas yang bakal berusia 67 tahun pada 24 Disember depan itu.

Mengulas lebih lanjut, Dhia bertanya, bayangkan jika Osman gagal menguruskan masa dirinuya sendiri dengan baik, bagaimana pula beliau mahu menguruskan negeri tersebut jauh lebih baik dan teratur dari semasa ke semasa?

Lepas ini ujarnya, tidak tahu berapa banyak lagi program yang Osman akan datang lambat. Lihat sahaja, belum pun cukup setahun memerintah Johor, Osman kerap kali terpalit dengan isu datang lambat ke program-program rasmi.

“Adakah sepanjang lima tahun ini sebelum tiba Pilihan Raya Umum ke-15 kelak, rakyat Johor wajib hadap tingkah laku Osman yang tidak senonoh ini?” soal Dhia lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...