• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Malaysia 1963: Ada Hak Tidak Boleh Dirunding

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jawatankuasa Perundingan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata terdapat hak-hak negeri yang dianggap oleh jawatankuasa itu sebagai isu yang tidak boleh dirunding,

Beliau berkata contohnya ialah imigresen dan isu lain seperti pentas benua, dasar laut dan tanah dalam (subsoil) yang sama sekali tidak boleh dirundingkan.

“Isu-isu ini dan beberapa isu lain tidak akan dibangkitkan semasa mesyuarat jawatankuasa pemandu,” kata Asfia pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan di sini hari ini.

Asfia berkata, isu imigresen tidak boleh dirunding kerana menyerahkan imigresen adalah seperti membuka pintu bagi kebanjiran pendatang dari seluruh sempadan dan pendatang jauh di luar Sarawak dan ini akan memudaratkan penduduk Sarawak.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan hari ini membincangkan pelbagai isu berkaitan MA63 dan akan mengemukakan cadangannya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang akan mengetuai delegasi kerajaan negeri ke mesyuarat jawatankuasa pemandu yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Dis di Kuala Lumpur.

Abang Johari dan Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid menganggotai jawatankuasa pemandu.

“Kita harus berpandukan kepada sejarah dan didorong secara logik dan perlembagaan yang sah. Kita akan mengkaji dan meneliti parameter MA63, serta memahami implikasinya,” kata Asfia.

Beliau berkata MA63 tidak boleh disentuh kerana ia bukan hanya perjanjian tetapi juga perjanjian antarabangsa dan pihak-pihak yang menandatanganinya adalah kerajaan negara berdaulat Great Britain, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, wakil Singapura dan wakil negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak.

“MA63 didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan oleh itu ia tertakluk di bawah definisi perjanjian antarabangsa. It must be emphatically stated that is most fundamental and cardinal,” he said.

Asfia berkata adalah penting untuk mengkaji semula peruntukan kewangan di bawah Perkara 112D dan Perkara 112D(3) berhubung syor yang termaktub dalam perenggan 24(9) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Jawatankuasa itu ditubuhkan di bawah Peraturan Tetap 89 Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Perkara 24 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak melalui usul yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 6 Nov tahun ini.

Tiga belas anggota jawatankuasa selain Asfia adalah wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan PKR. – BERNAMA

Tags: Awang AsfiaMesyuarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

06/05/2024
0

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd