Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesara Polis Maut Kemalangan...

KOTA TINGGI - Seorang pesara polis maut selepas kereta jenis Honda City yang...

Noh Omar: Nepotisme, Inilah...

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyeru agar rakyat membuka...

Kerabat Ditahan Rasuah Perlu...

RIYADH - Putera Mahkota Arab Saudi menegaskan operasi anti-rasuah menyaksikan ratusan putera, menteri...

Serah Diri Untuk Elak...

KUALA LUMPUR - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan E-Kad digesa...

Gelap Mata Hadiah Lumayan, Akhirnya Rugi RM236,900

RAUB – Akibat gelap mata dengan tawaran hadiah wang tunai yang lumayan, seorang suri rumah di Sungai Ruan, di sini terpaksa berputih mata selepas kerugian RM236,900 diperdaya sindiket penipuan minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada 22 Oktober lalu, suri rumah berusia 33 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita mendakwa mangsa memenangi hadiah wang tunai RM216,240 dari Syarikat Empress Jewel yang beroperasi di Hong Kong.

Beliau berkata, mangsa diyakinkan oleh suspek kononnya dia berjaya mendapat hadiah berkenaan selepas dipilih oleh syarikat itu.

“Bagaimanapun, untuk mendapat hadiah wang tunai itu, mangsa diminta membayar RM6,860.00 untuk proses tuntutan. Mangsa kemudian membuat bayaran berkenaan ke dalam satu akaun yang diberi suspek.

“Suspek mendakwa akaun berkenaan milik wakil syarikat yang menguruskan bahagian pindahan wang ke Hong Kong dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek meminta lagi mangsa membayar wang bagi mendapatkan hadiah kemenangan berkenaan dengan diberikan pelbagai alasan.

“Suspek juga mendakwa wang berkenaan dilaburkan terlebih dulu dan akan memberikan pulangan sebanyak RM3.2 juta kepada mangsa.


“Mangsa yang gelap mata dengan wang sebanyak itu kemudian membuat transaksi sebanyak sembilan kali ke dalam empat akaun yang berlainan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM236,900,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek masih lagi meminta mangsa menambah bayaran, membuatkannya menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam.

Mohd Wazir berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan menawarkan hadiah kemenangan serta keuntungan pelaburan dan meminta mangsa membuat bayaran.

“Polis sudah mengambil keterangan suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori