• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Antarabangsa Sungai Melaka Sasar 1 Juta Pengunjung

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang bermula pada 22 Nov hingga 2 Dis depan dijangka menarik kunjungan 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata daripada jumlah itu, pihaknya menjangkakan 30 peratus adalah pelancong asing.

Beliau berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarkan kejayaan pihaknya menerima kehadiran lebih 600,000 pengunjung pada festival sama tahun lepas.

“Kita yakin bahawa jumlah pengunjung akan bertambah memandangkan festival ini diadakan pada musim cuti sekolah sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada festival kali ke-12 ini membabitkan 24 acara, tujuh daripadanya merupakan acara bertaraf antarabangsa termasuk acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias yang akan mewarnai Sungai Melaka dengan memaparkan keunikan budaya masyarakat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Adly berkata Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadual merasmikan festival berkenaan pada 24 Nov ini dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammaddin Ketapi turut dijadual hadir.

“Majlis perasmian itu nanti akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular, persembahan kebudayaan dan kesenian selain cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung selain paparan epik sejarah Melaka.

“Selain itu, pertandingan Bot Kawalan Jauh, Pertandingan Perahu Naga, Marathon Antarabangsa Sungai Melaka, Pertandingan ‘Mr Body Beautiful’, Majlis Persandingan dan Pernikahan Perdana dijangka akan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariSungai Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

27/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menjelaskan mengapa beliau sering mengulangi perkara sama dalam ucapannya khususnya membabitkan...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd