• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Perlindungan Kesihatan Bagi Golongan B40

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta.

Beliau berkata skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

“Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

“Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Lim berkata pada belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan hampir RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding belanjawan lalu.

Katanya peruntukan itu termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) dengan melaksanakan projek perintis saringan kesihatan bagi golongan B40 berusia 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.

Selain itu, Lim berkata kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Di samping itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dalam kalangan kanak-kanak serta menyediakan saringan dan peluasan rawatan hemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC). – BERNAMA

Tags: kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd