• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Armada Tolak ICERD Jika Jejas Perlembagaan

oleh Ahmad Albab
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Armada akan menolak proses untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendirian Armada, sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen Pakatan Harapan untuk meneruskan dan menyejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata sebarang bentuk agenda untuk mengubah dan menggubal dasar-dasar kenegaraan Malaysia yang baharu di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dibuat melalui proses di Parlimen.

“Ini bermakna ia dibuat atas kehendak politik rakyat Malaysia sendiri tanpa campur tangan pihak asing. Kami menolak sebarang unsur tekanan dan ancaman pihak luar dalam proses menggubal apa sahaja undang-undang di Malaysia termasuklah Perlembagaan Persekutuan sekiranya ratifikasi ICERD dilaksana.

“Armada mendesak pihak kerajaan mengkaji semula cadangan ratifikasi ini sama ada ia akan meletakkan undang-undang negara pada tahap sama dengan undang-undang antarabangsa kerana ia boleh mengakibatkan keseimbangan sosio-ekonomi dan hak-hak tertentu di Malaysia mula terhakis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi ICERD, namun begitu beliau memberi jaminan isu tersebut akan dibincangkan di Kabinet.

Syed Saddiq berkata selaku ketua Armada beliau akan membangkitkan perkara itu di dalam mesyuarat Kabinet dan mendapatkan penjelasan pihak-pihak berkenaan mengenai usul itu, selain memberi jaminan Armada akan terus berusaha memastikan kerajaan Malaysia Baharu tidak lari daripada tujuan asal mentadbir Malaysia.

Beliau berkata resipi kejayaan sesebuah negara adalah berdasarkan acuan masing-masing dan tidak semestinya perlu menurut semua aturan yang diwar-warkan oleh pihak luar.

“Dalam proses pembentukan sosio-ekonomi negara, akan terdapat perkara-perkara fundamental yang mungkin bercanggah dengan konsep universal yang diguna pakai oleh negara-negara tertentu, namun kita berhak membina model negara ini menggunakan cara dan acuan kita sendiri.

“Iaitu mengikut hukum agama, adat dan kearifan tempatan sesuai dengan prinsip Islam yang sejagat dalam menjaga kemuliaan insan, namun kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan berlaku tidak adil dengan mana-mana pihak walaupun ICERD tidak diratifikasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: ICERDSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd