• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Asimetrik Diutama Dasar Pertahanan

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Isu keselamatan seperti keganasan, serangan siber dan bencana alam adalah antara ancaman asimetrik yang telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian serta keutamaan dalam merancang dasar pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ancaman asimetrik atau ancaman keselamatan bukan tradisional adalah lebih mencabar dan sukar ditangani berbanding ancaman tradisional kerana pelakunya melibatkan warga pelbagai negara yang bergerak secara terancang atau didorong oleh fahaman ekstrim.

“Ancaman asimetrik melibatkan kesemua domain sama ada daratan, udara, maritim, siber atau alam maya. Ancaman ini juga boleh berlaku secara semula jadi seperti bencana alam yang berlaku di Palu, Sulawesi (Indonesia) baru- baru ini yang mengakibatkan kehilangan dan kematian ribuan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Perspektif Strategik Serantau: Ancaman Asimetrik Abad ke-21 Terhadap Pertahanan Negara anjuran Intan di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Justeru beliau berkata, dengan mengambil kira ancaman asimetrik yang bersifat merentasi sempadan dan melibatkan pelbagai warga negara, Malaysia memberi penekanan kepada kerjasama serantau dan luar rantau bagi menangani ancaman berkenaan.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya sedang mengusahakan agar ATM memperoleh Pesawat Rondaan Maritim, Kenderaan Udara Tidak Berpemandu dan Pesawat Pemintas yang merupakan aset-aset pelbagai misi bagi menangani ancaman simetrik dan asimetrik.

“Kementerian Pertahanan juga berusaha memastikan aset-aset sedia ada diselenggara dengan baik agar tahap kesiagaaan ATM ditahap mencukupi seperti yang ditetapkan dalam dasar pertahanan negara,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mohamad mencadangkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berjumpa dengan komposer dan penulis lirik terkenal Datuk M Nasir bagi menghasilkan lagu patriotik yang baharu kepada ATM.

“Kebanyakkan yang ada lagu-lagu yang popular pada tahun 1960-an dan 70-an, kita perlukan lagu baharu…filem-filem patriotik sepertik Paskal juga perlu diperbanyakkan,” jelasnya.

Turut hadir pada program berkenaan Zulkifli dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Rosslina Ahmad Mokhtar. — BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd