Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Taufik Batisah Berlakon Filem...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Singapura, Taufik Batisah bakal muncul dalam filem terbaharu...

Gaji Naik Cuma RM50...

HINA... Pengumuman gaji minimum bulanan RM1,050 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad...

Henti Buat Pemeriksaan Rambang...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,...

SPRM Digesa Siasat Salah...

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan...

Aarón Ñíguez Sertai JDT

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mempersiapkan pasukan bagi mengharungi kancah Kejohanan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan dengan mengikat penyerang Real Oviedo, Aarón Ñíguez.

Ñíguez merupakan bekas produk akademi Valencia berpengalaman beraksi bersama beberapa kelab di Liga Sepanyol seperti Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva, Celta de Vigo dan Glasgow Rangers (Scotland).

Penyertaan penyerang berusia 29 tahun itu diumumkan JDT menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi kelab hari ini.

“Sukacita diumumkan JDT telah menandatangani Ñíguez sebagai pemain luar negara baharu untuk musim hadapan. Ñíguez, produk dari akademi Valencia sebelum ini pernah bermain untuk Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.

“Beliau bermain di posisi ‘false-9’, penyerang kedua, posisi tengah menyerang, posisi sayap kiri dan juga sayap kanan,” katanya di sini hari ini.

JDT baru-baru ini turut mendapatkan Mauricio dos Santos Nascimento bagi menggantikan Marcos Antonio bagi memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Kategori