• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan jaringan besar.

Kempen dibuka dengan kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC pada 21 Ogos sebelum JDT membelasah Kelantan Red Warrior FC 9-0 beberapa hari kemudian.

Mereka kemudian meneruskan rentak cemerlang dengan menundukkan Star City FC 7-0, DPMM FC 3-0 dan Negeri Sembilan FC 3-0.

Dominasi JDT setakat ini tidak terhenti dalam Liga Super. Dalam saingan Piala FA, UM-Damansara United ditewaskan 4-1 pada aksi pertama pusingan 16.

Kemudian JDT mencatat kemenangan besar 10-0 pada perlawanan kedua, sekali gus melengkapkan kemenangan agregat 14-1.

Terbaharu, Penang FC pula tewas 2-7 kepada JDT di Stadium Bandaraya pada aksi pertama suku akhir Piala FA, 20 September.

Sekali lagi JDT membuktikan keupayaan mereka menghasilkan jaringan dalam jumlah besar tanpa mengira lawan mahupun venue pertandingan.

Keputusan itu menggambarkan tahap penguasaan JDT pada awal musim ini sehingga memperlihatkan jurang ketara dengan pencabar domestik.

Apa yang membezakan JDT bukan sekadar jumlah gol yang dihasilkan, tetapi kedalaman skuad membolehkan mereka mengekalkan intensiti permainan.

Manakala pemain tempatan dan import saling melengkapi dalam memastikan momentum pasukan tidak mudah terjejas.

Sejak bermulanya Liga Malaysia sehingga 20 September, keputusan JDT dalam semua pertandingan adalah 3-0, 9-0, 7-0, 4-1, 3-0, 10-0, 3-0, 1-1 dan 7-2.

Satu-satunya aksi yang tidak berakhir dengan kemenangan dalam tempoh itu adalah keputusan seri 1-1 menentang Buriram United dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE)

Musim masih panjang, namun berdasarkan apa yang dipamerkan setakat ini, Harimau Selatan terus mengekalkan standard tinggi dan konsistensi. – MYNEWSHUB

Tags: 2026/2027besarJDTKemenanganmusimTerus Dominan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Mara Ke Final Piala FA Buat Kali Kelima Berturut-turut, Tewaskan DPMM FC 6-1

JDT Mara Ke Final Piala FA Buat Kali Kelima Berturut-turut, Tewaskan DPMM FC 6-1

09/11/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan dalam saingan bola sepak tempatan apabila mengesahkan kemaraan ke pentas final...

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd