Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Polis Terima Lima Aduan...

KANGAR - Polis Perlis menerima lima aduan berkaitan not RM100 palsu sejak 1...

Filter Instagram Kegemaran 3...

SIAPA yang tidak mahu kelihatan menarik seperti foto-foto selfie selebriti terkenal di Instagram kan?Sebenarnya,...

Gaun Turun Temurun Ini...

GAUN pengantin yang dipakai oleh Abigail Kingston semasa perkahwinannya dengan Jason Curtis ini...

DUKE Kembali ke Kaca...

PROGRAM 30 Minit yang sebelum ini meletup dengan ketrampilan Ustaz Daniyal Don Biajid...

7 Geng Curi Motosikal Di Shah Alam Tumpas

SHAH ALAM – Polis menumpaskan tujuh geng curi motosikal yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar daerah ini, dengan penangkapan 23 individu dipercayai anggota kumpulan terbabit menerusi Op Lejang Khas Fasa Tiga bermula Jun lepas hingga semalam.

Kumpulan terbabit adalah Geng Henry 16; Geng Kamal 3B; Geng Irfan LC; Geng Watiq Johan Setia; Geng Ateem Puncher; Geng Kiman Ken Rimba dan Geng Lidud 20.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 35 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, dan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau mencuri kenderaan terutama motosikal selain penyalahgunaan dadah.

“Selain itu, kami turut rampas sebanyak 22 buah motosikal pelbagai model, tiga buah rangka motosikal, lima kulit enjin dan beberapa alat ganti motosikal serta peralatan untuk mengubah suai nombor pendaftaran enjin bernilai hampir RM200,000.” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, susulan penahanan itu pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 40 kes melibatkan kecurian motosikal di daerah ini.


Menurut beliau, antara model motosikal yang menjadi tumpuan kumpulan terbabit adalah jenis Yamaha seperti Yamaha LC 135 dan Honda EX5 kerana alat gantinya mudah dijual.

“Modus operandi mereka ialah meleraikan motosikal yang dicuri dan menjual alat gantinya, ada juga yang menjual sebiji terus dengan harga RM500 ke RM600.

“Seramai enam individu telah didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan beberapa lagi suspek masih dalam proses untuk diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” katanya. – BERNAMA

Kategori