• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Parlimen Tidak Campur Siasatan PAC

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen tidak akan campur tangan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung dakwaan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipinda, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Katanya PAC mempunyai kuasa penuh dalam siasatan mereka dan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau tidak campur tangan.

“Jika saya terlibat, ia akan terjejas,” katanya kepada pemberita selepas perasmian perundingan Meja Bulat mengenai Pembaikan Pilihan Raya: Ke Arah Pilihan Raya Bebas dan Adil, di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang untuk merujuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengarahkan pindaan ke atas laporan Ketua Audit mengenai 1MDB.

Perkara itu sebelum ini didedahkan oleh bekas Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh yang mendakwa pindaan ke atas laporan akhir tersebut dibuat oleh individu tertentu.

Pada Ahad, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengeluarkan kenyataan mendakwa Najib serta beberapa pegawai tertinggi kerajaan termasuk bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah meminda dokumen itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh bekas Pengeruis PAC Datuk Seri Hasan Ariffin dan Ambrin.

Terdahulu berucap pada perasmian perundingan meja bulat berkenaan, Mohamad Arif berkata matlamat akhir pembaikan pilihan raya bukan sekadar pilihan raya bersih, bebas dan adil tetapi juga mesti menampilkan demokrasi pelbagai parti.

“Tidak memadai kalau kita sekadar percaya pada demokrasi. Kita mesti pastikan demokrasi berjaya,” katanya.

Perundingan meja bulat itu diadakan selama dua hari sehingga esok bagi membincangkan sistem pilihan raya termasuk persempadanan semula kawasan, hak mengundi dan pengurusan pilihan raya.

Mereka yang hadir pada perundingan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya United Kingdom Sir John Holmes dan Presiden Yayasan Kofi Annan Alan Doss. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala AFF Suzuki: Lebih 700 Polis Kawal Bukit Jalil

Next Post

Wanita Rugi RM25K Ditipu Sindiket Macau Scam

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Wanita Rugi RM25K Ditipu Sindiket Macau Scam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd