• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15,152 Petugas Bersedia Hadapi Banjir Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak kini sudah bersedia termasuk meletakkan 15,152 anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana khususnya banjir pada musim tengkujuh ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain itu, sebanyak lima helikopter, lima dron, 172 lori, 549 kenderaan pacuan empat roda, 283 bot serta 109 ambulans disediakan untuk tujuan sama.

“Sebanyak 610 pusat pemindahan yang boleh memuatkan 203,960 orang juga telah bersedia untuk dibuka di seluruh Sarawak. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan 16 buah pangkalan hadapan di bahagian Kuching, Kapit, Bintulu dan Miri,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Katanya untuk memastikan pengurusan bencana banjir kali ini lebih teratur dan berkesan, agensi yang bertanggungjawab telah menganjurkan kursus penggunaan sistem pengurusan bencana negeri.

“Kursus ini telah dihadiri oleh wakil semua daerah. Semua pegawai daerah dikehendaki memasukkan data-data bencana ke dalam sistem supaya maklumat banjir secara ‘real-time’ dapat diperoleh pada bila-bila masa dan bantuan segera dapat disampaikan kepada mangsa dengan lebih efektif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd