• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummi Nazeera Bagi ‘Kaki’ Tak Mahu Anak Terlalu Manja

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Ummi Nazeera berkata dia dan suami, Mohd Izzar sudah merancang untuk mendidik anak tanpa kemewahan kerana tidak mahu dia menjadi terlampau manja.

Menurut Ummi, 28, mereka mahu Ayra Aneesah yang kini berusia dua bulan, mampu hidup berdikari dan tidak bergantung harap kepada orang lain apabila membesar kelak.

“Saya nak anak berdikari dan dia kena belajar dalam hidup ini kena bekerja untuk dapatkan sesuatu.

“Saya dan suami sudah berbincang tak nak terlampau manjakan dia, kami mahu bagi dia ‘kaki’ untuk berdiri sendiri dan ia berguna apabila kami tiada nanti.

“Itu cara kami nak tunjuk sayang, sebab saya dulu pun sudah berkerja ketika usia 15 tahun. Namun, ini semua hanya plan kami dalam mendidik anak,” katanya kepada mStar Online.

Ummi mahu anak dijaga oleh keluarga sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Ummi ditemui semasa tayangan perdana filem Gol & Gincu 2 yang berlangsung di TGV, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Gol & Gincu 2 turut dibintangi Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Filem arahan Umi Salwana Omar ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.

Sementara itu, Ummi memberitahu ketika penggambaran filem tersebut, dia disahkan hamil dua bulan.

Bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kesulitan dan penggambaran berjalan dengan lancar.

“Penggambaran pada bulan Januari lalu, Alhamdulillah semasa shooting saya tak ada sebarang alahan yang menganggu proses pembikinan filem.

“Cumanya saya banyak tidur, ada masa senggang saja tertidur, alahan tak ada, mungkin sebab masa itu saya banyak berjalan dan buat aktiviti.

“Selepas habis shooting baru berlaku pendarahan dan ada simptom alahan ibu mengandung,” katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, berkata dia memerlukan sedikit masa.

“Tunggu… hold dulu, perlukan sedikit masa. Dah okay nanti baru tambah lagi,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya Sebelah Sayap ini mendirikan rumah tangga dengan Izzar, 31, di ibu negara, pada 23 Julai tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Ogos lalu. – mStar Online

Tags: anakUmmi Nazeera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd