Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Apandi Terima Penamatan Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya...

Satu Litar Lumba Di...

TANGKAK – Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menyasarkan sebuah litar lumba akan dibina...

Kabinet Benar Industri Perladangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet telah memberi kelulusan kepada industri perladangan untuk meneruskan operasi...

Petugas Media Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kumpulan petugas media negara akan mendapat suntikan vaksinasi COVID-19, bermula...

Terengganu FC Mara Ke Final Piala Malaysia, Singkirkan JDT

JOHOR BAHRU – Terengganu FC menempah slot ke final Piala Malaysia 2018 ​​​​​​​apabila berjaya mengikat Johor Darul Takzim (JDT) 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi.

Skuad Penyu melangkah ke pentas akhir dengan agregat 3-2, selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Kuala Terengganu pada aksi separuh akhir pertama, 6 Okt lepas.

Pada aksi malam ini, JDT yang dibimbing Benjamin Mora bermula garang dengan sering mengasak benteng pertahanan Terengganu FC pada awal permainan.

Gol pertama JDT hadir lima minit sebelum tamat separuh masa pertama melalui sepakan penalti Fernando Andres Marquez selepas dikasari anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gerakan JDT mudah dipatahkan barisan pertahanan Terengganu FC yang diketuai Tchetche Hermann Brice.
Usaha JDT akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol kedua menerusi Gonzalo Gabriel Cabrera pada minit ke-62.


Walaupun ketinggalan dua gol, barisan pemain Terengganu FC tidak berputus asa dan berjaya memperoleh dua gol melalui ​​​​​​​Hermann Brice pada minit ke-68 dan 90.

JDT gagal ​​​​​​​​​​​​​​memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus skuad Harimau Selatan itu gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi mereka musim lepas.

Menanti Terengganu FC pada perlawanan akhir 27 Okt ini, sama ada Perak atau Sabah yang akan beraksi dalam separuh akhir kedua. – BERNAMA

Kategori