• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Sokong Pembinaan Semula Jambatan Bengkok

oleh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen dari Johor menyokong cadangan meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor, yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum bersara pada tahun 2003.

“Saya teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut,” kata Anggota Parlimen Muar itu berhubung kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dilaporkan berkata Dr. Mahathir bersetuju dengan cadangan itu jika kerajaan Johor hendak meneruskan projek berkenaan.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Ditanya sama ada projek itu sesuai dilaksanakan ketika ini, Syed Saddiq berkata: “Saya menyokong keputusan Perdana Menteri dan melihat ke depan untuk membincangkan mengenainya dalam mesyuarat Kabinet.”

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tajaan dan memperkenalkan kontinjen Malaysia bagi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-45/2018 di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd