Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Perancis Mula...

NIZHNY NOVGOROD, Rusia - Perancis harungi permulaan perlahan di Piala Dunia tetapi empat...

Bajet 2015 Ambil Kira...

KUALA TERENGGANU - Bajet 2015 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Rasuah: Guru Besar Dipenjara...

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan...

60 Tahun Itu Termasuk...

DAKWAAN kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah selama 60 tahun tidak dapat tidak...

Syed Saddiq Dijangka Jumpa Teong Kim

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim bagi membincangkan isu berkaitan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dalam tempoh terdekat.

Syed Saddiq, bagaimanapun berkata tiada sebarang keputusan akan dibuat menerusi perjumpaan itu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Khas pada 15 Oktober ini.

Difahamkan perjumpaan bersama bekas ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara itu akan diadakan esok, namun Syed Saddiq enggan mengesahkannya.

“Kami (kementerian) telah mendapat maklum balas daripada beliau (Teong Kim) yang bersetuju untuk berbincang. Apa yang saya boleh katakan, pertemuan itu diadakan dalam masa terdekat.

“Kalau boleh, saya tidak mahu terus membuat keputusan. Ia akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas nanti,” katanya kepada pemberita sebelum bermulanya Sesi ‘Motorsports TownHall’ di sini hari ini.


Isu PPBN semakin hangat diperkatakan apabila Teong Kim gagal mencapai sasaran membawa pasukan bola sepak B-16 kebangsaan mara ke Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2019.

Skuad negara terkandas pada peringkat kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, minggu lepas. – BERNAMA

Kategori