• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Ambil Dokumen Dari Kediaman Irwan

oleh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengiringi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kembali ke rumahnya di Presint 8 di sini, dipercayai bagi mengambil dokumen.

Kenderaan pelbagai guna yang dinaiki pasukan lima pegawai SPRM bersama-sama Mohd Irwan Siregar tiba di kediaman itu pada kira-kira 4.30 petang.

Mereka dilihat keluar dari kediaman itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama Mohd Irwan Siregar yang dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.

Ketika keluar dari rumah berkenaan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang kot milik dipercayai milik Mohd Irwan Siregar.

Sedikit kekecohan berlaku apabila kehadiran wartawan dan jurugambar di luar kediaman untuk merakam kehadiran SPRM itu dihalang oleh anggota keluarga Mohd Irwan Serigar yang turut meminta agar visual dan gambar yang dirakam dipadamkan.

Sebelum itu pada kira-kira 3.30 petang, Mohd Irwan Siregar dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi melengkapkan proses akhir siasatan.

Menurut kenyataan SPRM, Mohd Irwan Siregar dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd