Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Al-Fatihah.. Pelajar UTM Hilang...

JOHOR BHARU - Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, yang hilang ketika mandi...

Kerajaan Awam Berfungsi Seperti...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di...

SRC: Najib Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali menafikan dakwaan bahawa...

Bekas Askar AS Sasar...

NEW YORK - Seorang bekas askar menaiki bas ke New York semata-mata mahu...

Rompak: Bekas Peniaga Dipenjara 5 Tahun, 3 Sebatan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peniaga steamboat dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompak bersenjatakan pisau di beberapa kedai serbaneka di sekitar ibu negara dengan mengambil rokok pelbagai jenama dan telefon bimbit.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Siah Chee Ming, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu

Mahkamah memerintahkan Siah menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Ogos lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan rompakan terhadap Mohammad Asiful, warga Nepal dengan menunjukkan pisau dan mengambil 72 kotak rokok pelbagai jenis di 7Eleven Metro Prima Kepong, Sentul di sini pada 2.51 pagi, 28 Julai lepas.

Bapa anak dua itu juga dituduh merompak warga Nepal, Md Zihad Molla dengan menggunakan sebilah pisau di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Jalan Tebing Timor, Jinjang Utara di sini pada 11.55 malam, 31 Julai lepas.

Bagi pertuduhan ketiga, Siah didakwa melakukan rompakan bersenjatakan sebilah pisau terhadap Muhamad Najmuddin Aziz, 24, dengan mengambil satu karton rokok jenama Dunhill Light, satu karton rokok jenama Dunhill Red dan sebuah telefon bimbit keseluruhan berjumlah RM830 di Speed Mart 99, Taman Desa Bakti, Selayang di sini pada 9.40 pagi, 1 Ogos lepas.

Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh yang kini sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan sama iaitu merompak didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda serta sebatan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, Siah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung dua anak yang masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dan seorang isteri tidak bekerja.

“Saya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya dalam nada sebak. – BERNAMA

Kategori