• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Macedonia Setuju Tukar Nama Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKOPJE – Rakyat Macedonia semalam menyokong pelan menukar nama negara itu bertujuan menamatkan perbalahan berdekad lama dengan Greece dan membuka jalan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan kertas undi daripada 93 peratus pusat pengundian dikira, 91.3 peratus undian menyokong pertukaran nama kepada Macedonia Utara, berbanding 5.7 peratus yang membantah, menurut kiraan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagaimanapun, cuma satu pertiga daripada 1.8 juta pengundi layak yang berbuat demikian.

Greece memberi reaksi kepada keputusan itu dengan Kementerian Luar berkata ia kekal komited kepada perjanjian Jun lalu dengan Skopje yang menyaksikan Athens akan menarik balik bantahan kepada Macedonia untuk menyertai EU dan NATO susulan pertukaran nama itu.

Perdana Menteri Greek, Alexis Tsipras, meluahkan sokongan kepada rakan sejawatnya dari Macedonia dalam panggilan telefon, memuji kesungguhan dan keberanian Zoran Zaev untuk menyelesaikan pelaksanaan perjanjian itu, kata sumber kerajaan.

Pungutan suara yang tidak terikat dengan undang-undang untuk menamakan semula Macedonia memerlukan pengesahan Parlimen dengan majoriti dua pertiga dan juga diberikan kelulusan oleh Parlimen Greek.

“Ahli Parlimen kini mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan Macedonia sebagai tempat lebih baik bagi kita semua,” kata Zaev kepada wartawan lewat semalam. — AFP/BH ONLINE

Tags: MacedoniaRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd