• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Pertahan Tindakan Kesavan Beri Cek Bantuan Di Perak

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan memberikan cek bantuan kepada seorang anggota di Parlimen berkenaan.

Mohd Rafizi yang juga Ketua Cabang Pandan berkata cek yang diberikan adalah daripada pusat khidmat dan bukan bertujuan untuk membeli undi.

“Dalam kes Kesavan ia ‘pure set up’. Cek itu dari pusat khidmat, jika anda nak beli undi, anda tidak akan guna cek pusat khidmat,” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi pemilihan PKR di cabang Pandan di sini, pagi ini.

Jumaat lalu media melaporkan anggota PKR membuat laporan polis mendakwa S. Kesavan yang bertanding jawatan Naib Presiden memberi rasuah dengan memberikan sejumlah wang sebagai usaha untuk membeli undi.

Sementara itu, Mohd Rafizi berkata tuduhan rasuah atau politik wang yang dikaitkan dengan calon-calon di ‘kem’nya hanya memberikan kesan lebih buruk kepada pihak yang menuduh atau pencabarnya.

“Kami pilih untuk tidak bertindak, tetapi ahli-ahli parti lebih mengetahui, mereka tahu, siapa yang ada jawatan, siapa ada lebih banyak wang.

“Kes di Perak (Kesavan) ialah testimoni orang yang bersama terlibat itu dan ini. Saya pengganggur, saya tiada kapasiti tawarkan wang, jawatan atau sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rafizi berkata PKR perlu mengetatkan lagi peraturan pemilihan bagi mengelak politik wang berleluasa dalam parti itu.

Katanya peraturan pemilihan parti itu sangat kabur termasuk bentuk pemberian rasuah tidak dapat dipastikan.

“Ia perlu diperketatkan, contohnya memberi makan pada anggota di hotel adakah itu dianggap politik wang atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd