• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Sehenti Rawat Kanser Perlu Diperluas

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan pusat sehentian rawatan kanser perlu diperluas ke seluruh negara bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan sekaligus memperkasa industri pelancongan kesihatan negara.

Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), Dr Matin Mellor Abdullah berkata Malaysia telah mempunyai beberapa pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan rawatan kanser menyeluruh dengan kemudahan teknologi cemerlang namun hanya di bandar-bandar utama.

Jelasnya, faktor lokasi merupakan aspek penting memandangkan pesakit perlu berulang-alik bagi menjalani sesi rawatan kanser yang menjangkau lebih 20 sesi.

“Pusat sehenti yang menawarkan rawatan bermula dari aspek pemeriksaan, pencegahan, diagnosis awal radioterapi, kimoterapi dan pembedahan mampu menarik pesakit menjalani rawatan memandangkan rawatan kanser tidak bergantung kepada kaedah rawatan tunggal dan memerlukan kepakaran berbeza.

“Namun buat masa ini ia hanya terdapat di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Untuk membawa perubahan kepada rawatan kanser, pusat dengan kemudahan sama perlu ditawarkan lebih meluas meliputi negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama pada Kongres Kanser Sedunia 2018 di sini yang berlangsung selama empat hari berakhir esok.

“Antara faktor yang dilihat menjadi penghalang untuk memperluas perkhidmatan pusat rawatan sehenti ini tentunya kekurangan pakar. Nisbah ahli onkologi yang merawat pesakit kanser kini dianggarkan 1:3,” katanya.

Sementara itu pakar Onkologi Klinikal Sunway Medical Centre, Christina Lai berkata Malaysia berpotensi untuk terus berkembang menjadi lokasi pelancongan kesihatan terbaik kerana mempunyai mesin berteknologi tinggi bertaraf dunia terutamanya untuk rawatan radioterapi.

“Kita juga mempunyai akses untuk ubat terbaharu yang tidak terdapat di negara lain terutamanya di Asia Tenggara,” katanya.

Tambahnya, selain terkenal dengan servis hospitaliti yang memuaskan, rawatan kanser juga ditawarkan dengan harga berpatutan menjadikan Malaysia bukan sahaja pilihan untuk bercuti tetapi juga destinasi penjagaan kesihatan. – BERNAMA

Tags: industri pelancongan kesihatankanser
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

86 Mangsa Ribut Di 3 Pusat Pemindahan Klang

Next Post

PRK PD Sekali Lagi Jika Anwar Hilang Kelayakan Calon

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

Next Post

PRK PD Sekali Lagi Jika Anwar Hilang Kelayakan Calon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd