• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah RM1 Uncle Kentang secara percuma.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Aktivis Kuan Chee Heng berkata, Rumah RM1 yang terletak di Pangsapuri Harmoni, Presint 8 itu sebagai inisiatif tambahan kepada Rumah RM1 di PPA1M Pudina Presint 17, untuk memberi keselesaan kepada mereka yang memerlukan.

“Mereka datang dari serata negeri untuk menerima rawatan sebagai pesakit kanser di IKN, jadi boleh tinggal di sini secara percuma dengan membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan IKN,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, rumah mempunyai tiga bilik itu disumbangkan seorang warga emas yang berusia 72 tahun.

“Wanita itu ada tanya saya apa yang diperlukan untuk membantu. Jadi dia membeli rumah ini dan menyewakan kepada kami pada kadar RM1 sebulan untuk kegunaan waris serta pesakit kanser,” katanya.

Sementara itu, Pengarah IKN Dr Mohd Anis Haron menyambut baik inisiatif yang dijalankan oleh pihak Chee Heng.

Jelasnya, IKN mempunyai ramai pesakit harian yang menerima rawatan sekali gus inisiatif berkenaan meringankan beban mereka.

“Ada antara mereka datang dari jauh termasuk Sabah Sarawak, sekurang-kurangnya ini akan membantu,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kanseruncle kentang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

Next Post

Mayat Ditemui Terbakar: 3 Didakwa Bunuh Rakan

Related Posts

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

Uncle Kentang Tutup Telefon 30 Hari

20/10/2021
0

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Kentang mengikut saranan doktor supaya berehat bagi mengelak mengalami...

Next Post
Mayat Ditemui Terbakar: 3 Didakwa Bunuh Rakan

Mayat Ditemui Terbakar: 3 Didakwa Bunuh Rakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd