• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pribumi Mall Portal Jualan Dalam Talian Produk Orang Asli

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Celcom Axiata Berhad, penyedia rangkaian data terkemuka di negara ini dengan kerjasama 11Street membangunkan satu platfom jualan dalam talian khusus untuk produk-produk masyarakat Orang Asli yang dinamakan ‘Pribumi Mall’.

Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata Berhad Zuraida Jamaluddin berkata platfom berkenaan boleh didapati menerusi portal ‘DesaMall’ yang sebelum ini telah dibangunkan oleh dua syarikat berkenaan pada tahun lepas.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Celcom untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli tentang kemudahan e-dagang yang secara langsung membolehkan mereka memasarkan produk mereka secara dalam talian.

“Untuk peringkat permulaan kita akan memasarkan produk-produk daripada masyarakat Orang Asli Jakun di Chini, di sini sebelum ia diperluaskan ke komuniti masyarakat Orang Asli lain yang terdapat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sri Gumum Cyber Cube dan ‘Pribumi Mall’ serta penanaman semula 1,000 pokok hutan dan buah-buahan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith dengan turut dihadiri oleh Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini Datuk Seri Dr Mushrifah Idris.

Zuraida berkata setakat ini, sebayak 30 produk telah dipasarkan menerusi platfom berkenaan antaranya sumpit, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, dan kraftangan.

Bagi tujuan pemasaran produk, Celcom turut memberikan latihan teknologi kepada komuniti berkenaan dengan 20 orang setakat ini telah menjalani kursus bagi tujuan itu.

“Produk yang dihasilkan amat unik dan halus, oleh kerana itu kita turut memberi bimbangan dari segi penetapan harga dan sebagainya untuk memastikan mereka dapat membekalkan barangan secara berterusan dengan kualiti yang terbaik,” katanya.

Katanya melalui program pendigitalan ini juga Celcom mewujudkan sebuah pusat kemudahan Internet untuk Orang Asli di Tasik Chini yang dinamakan sebagai Sri Gumum Cyber Cube, mengambil nama sempena naga yang kononnya pernah hidup di tasik itu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: CELCOMOrang AsliPortal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd