• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenamaan Semula BN Selepas Pemilihan MCA

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USAHA rundingan dengan MCA berhubung hasrat penjenamaan dan penstrukturan semula Barisan Nasional (BN) hanya akan dilakukan selepas parti itu mengadakan pemilihan pada 4 November.

Justeru Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada guna untuk rundingan tersebut dijalankan pada ketika ini sekiranya selepas pemilihan itu MCA membuat keputusan untuk keluar daripada BN.

“Mengenai perbincangan dengan MCA, pihak kita menunggu selepas pemilihan mereka kerana kalau kita bincang sekarang pun, sekiranya Gan Ping Sieu (calon Presiden MCA) menang dia dah cakap hendak keluar daripada BN.

“We Ka Siong pula dia hendak serahkan keputusan kepada para perwakilan jika menang jawatan presiden, jadi kalau kita sibuk bercakap tentang BN dan MCA sekarang, keputusan lain nanti pun, tiada guna juga,” kata beliau lagi.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini sebagai mengulas perkembangan usaha penjenamaan kembali imej BN dalam masa terdekat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mencadangkan supaya BN dijenamakan semula untuk dijadikan sebuah entiti baharu gabungan pembangkang supaya sistem dua parti dapat diwujudkan.

Sehubungan itu, Presiden UMNO tersebut telah memberi mandat kepada Mohamed Nazri selaku Setiausaha Agung BN baharu untuk berunding dengan parti-parti teras BN seperti MCA dan MIC selain parti pembangkang lain.

Ini termasuk PAS bagi melaksanakan hasrat berkenaan. BN yang diwujudkan pada 1973 bagi ganti Perikatan setelah diasaskan sejak 1952, pernah disertai PAS sebelum diusir akibat pergolakan dalaman parti pada 1977 lalu.

Sementara itu, jelas Mohamed Nazri, bagi tujuan tersebut juga, beliau telah hubungi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan tunggu masa sesuai untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Kota Bharu itu. – Mynewshub.TV

Tags: MCANazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd