• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dijel Gara-Gara Cedera Pemilik Kebun

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah didapati bersalah mencederakan seorang pemilik kebun, awal bulan ini.

Majistret Mohd Hairol Jemain menjatuhkan hukuman itu setelah Zainal Ali, 43, mengaku salah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Zainal dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Ng Chai Hock 58, dengan sebatang kayu di Lorong 6 Kampung Pak Dollah, Kamunting pada pukul 8 malam pada 9 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain benda yang membahayakan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Zainal ditahan pada 17 Oktober pukul 1.30 tengah hari di Lorong 3, Kampung Pak Dollah, Kamunting selepas mangsa membuat laporan polis.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Raya Siti Nor Rasyidah M.Nadri, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Biro Bantuan Guaman T. Selva.

Akhbar tempatan pada 10 Oktober lalu melaporkan tertuduh bukan sahaja mencederakan pemilik kebun buah-buahan itu, tetapi turut mencuri buah betik. – BERNAMA

Tags: PenganggurPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd