• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR: Polis Melaka Terima 10 Laporan

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah laporan yang diterima daripada Sabtu lepas hingga semalam (22 Okt), empat laporan polis diterima di sekitar daerah Melaka Tengah manakala enam laporan diterima di daerah Alor Gajah.

Laporan berkenaan dibuat ekoran ketidakpuasan hati terhadap sistem e-voting yang digunakan dalam pemilihan berkenaan selain kelewatan keputusan pemilihan bagi negeri Melaka.

“Ada juga antara laporan yang dibuat kerana mendakwa mereka ahli parti tetapi nama mereka tiada dalam senarai untuk mengundi.

“Berdasarkan laporan yang diterima tiada unsur jenayah dikenal pasti dan kita telah menyerahkan laporan berkenaan kepada Ibu Pejabat PKR untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak polis menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR untuk menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil.

Pada Ahad lepas, dua calon Ketua Cabang Tangga Batu, Alias Abd Wahab, 59, dan Abdullah Ali, 48, membuat laporan polis mendakwa sistem e-voting Pemilihan PKR 2018 tidak telus dan wujud unsur sabotaj.

Laporan berkenaan turut menggesa pihak JPP PKR menyelesaikan segera masalah itu dan menentukan kedudukan cabang terlibat. – BERNAMA

Tags: laporan polisPemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd