• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Segamat, Datuk Zahari Sarip berkata, laporan politik dibuat ekoran kenyataan Mohd Puad menggambarkan seolah-olah pihak Istana telah mengarahkan pembubaran DUN Johor serta mencampuri urusan politik.

“Menteri Besar Johor telah menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan pembubaran DUN dilaksanakan mengikut proses yang diperuntukkan di bawah Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 iaitu selepas memperoleh titah perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Kami amat bimbang kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan, salah faham dan perbalahan dalam kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan kefahaman masyarakat terhadap kedudukan sebenar institusi diraja Johor yang merupakan lambang perpaduan rakyat serta payung kepada Bangsa Johor,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Zahari berkata, Mohd Puad berhak meninggalkan UMNO dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti, namun kenyataan yang boleh mewujudkan persepsi bahawa institusi diraja terlibat dalam percaturan politik adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

Menurut beliau, kenyataan tersebut berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut serta mengganggu keharmonian yang sekian lama rakyat Johor pelihara bersama.

“Sehubungan itu, kami memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kenyataan tersebut mengikut lunas undang-undang.

“Kami berharap tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran undang-undang demi memelihara keamanan, keharmonian masyarakat, kedaulatan Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta kemuliaan institusi diraja Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahari Sarip

Tags: Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiInstitusi diraja JohorKenyataanlaporan polisUMNO Segamat
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd