Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Perlu Kajian Sebelum Bina...

PASIR SALAK - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan perlu mengkaji...

Dadah: 52 Ditahan Dalam...

SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang pengedar dadah bersama 51 yang lain dalam...

Keamanan, Kestabilan Politik Tak...

KUCHING - Keamanan dan kestabilan politik adalah umpama "kembar Siam" yang tidak boleh...

Uncle Kentang Mohon Maaf...

IPOH - Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang sebelum ini bertindak memuat naik...

Pemaju Dikompaun RM650K Menerusi Op Tapak DBKL

KUALA LUMPUR – Pemaju sebuah tapak projek komersial di Jalan Pekeliling, di sini dikenakan notis kompaun bernilai RM650,000 dalam Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan (Op Tapak) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi penguat kuasa lain hari ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Azman Mahmood berkata jumlah itu merupakan hasil tunggakan 12 saman terdahulu yang masih belum dibayar serta satu saman menerusi operasi hari ini.

“Notis sita dikeluarkan serta-merta ke atas pemaju tapak itu selepas mereka didapati gagal mematuhi syarat keselamatan dengan membina struktur sementara tanpa kelulusan daripada Jabatan Kawalan Bangunan.

“Segala aktiviti pembinaan yang dihentikan itu hanya boleh diteruskan sekiranya pemaju itu selesai membayar kompaun serta didapati mematuhi syarat keselamatan pembinaan oleh DBKL dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” katanya kepada pemberita selepas Op Tapak di sekitar ibu kota, hari ini.

Peruntukan undang-undang itu dibuat di bawah Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dengan nilai kompaun RM50,000 setiap satu, katanya.

Sementara itu, Azman berkata seramai 109 pekerja tapak pembinaan itu ditahan atas kesalahan gagal mempamerkan permit kerja manakala 131 gagal mempamerkan kad hijau yang dikeluarkan oleh CIDB.


“Operasi turut dijalankan terhadap satu lagi tapak pembinaan di Sri Hartamas dan satu saman dikeluarkan kepada pemaju yang didapati tidak mendapat kelulusan membina ‘site office’.

“Seramai 196 pekerja gagal mempamerkan kad hijau CIDB serta 65 pekerja gagal mempamerkan permit kerja sah,” katanya.

Sebanyak 96 saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 setakat September lepas menerusi Op Sita ke atas 150 tapak pembinaan di sekitar ibu kota. – BERNAMA

Kategori