• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Ketua Kampung & MPP Di Labuan Diteliti

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Pelantikan ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di sini akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan bulan hadapan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

“Kita akan berusaha untuk menyegerakan pelantikan, kerana kita baru sahaja mengeluarkan surat pelantikan kepada Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu dan anggota Majlis Penasihatnya. Kami mohon maaf atas kelewatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan di Wisma Perbadanan Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuat keputusan muktamad dalam tempoh dua minggu memandangkan senarai calon sudahpun dikemukakan kepada pihak kementerian.

“Skop tugas dan tanggungjawab MPP mungkin perlu dikaji semula untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk mengikut bilangan zon dan sub-zon yang dikecilkan,” katanya.

Khalid berkata pelantikan akan dibuat berdasarkan merit dan penerimaan penduduk terhadap kepimpinan mereka.

“Bagi mereka yang berkhidmat kepada penduduk dengan efektif, dan masih diperlukan penduduk, kita tidak ada masalah untuk kembalikan jawatan mereka,” katanya.

Sementara itu merujuk kepada status Yayasan Pembangunan Labuan di sini yang akiviti perniagaannya dikatakan semakin merudum, Khalid berkata tiada keputusan diambil mengenainya, memandangkan kajian menyeluruh akan dilaksanakan nanti bagi mengkaji peranan Yayasan itu sama ada akan dikekalkan atau sebaliknya. – BERNAMA

Tags: ketua kampungLabuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan...

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

24/04/2026
0

IPOH - Ketua Kampung Baru Cina diseru memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan serta sentiasa turun padang bagi menyelesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd