• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan CEO & Pengerusi Baharu TV Hijrah

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wardah Communication Sdn. Bhd, Saidi Yaacob telah dilantik sebagai CEO TV Hijrah dengan tarikh kuat kuasa pelantikan itu diundurkan ke 1 Sept 2018.

Menurut kenyataan TV AlHijrah hari ini, pelantikan Saidi bagi menggantikan Datuk Izelan Basar yang telah menamatkan perkhidmatan pada 3 Julai lepas.

Menurutnya, Saidi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Komunikasi Massa dan Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkhidmat sebagai CEO Wardah Communication Sdn, Bhd semenjak 2015.

‘’Beliau turut pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan berpengalaman luas dalam latihan serta pembangunan sumber manusia antaranya untuk atlet Majlis Sukan Negara (MSN) dan beberapa agensi kerajaan yang lain“.

Di samping itu, TV Hijrah turut mengumumkan pelantikan Datuk Hussamuddin Yaacub sebagai Pengerusi TV Hijrah dengan tarikh kuat kuasa pelantikannya diundurkan ke 3 Sept 2018.

Hussamuddin sebelum ini menjawat jawatan Pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan, Penerbit, dan Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

TV Hijrah mengalu-alukan pelantikan itu dan berharap mereka dapat menyuntik aspirasi yang diperlukan bagi membawa syarikat melangkah maju ke hadapan. – BERNAMA

Tags: CEOTV HIjrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

13/12/2024
0

Ayer Keroh : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dijatuhi hukuman penjara dua tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd