• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

oleh AK-47
13/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Ayer Keroh : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1.3 juta oleh Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, kerana menerima rasuah bagi kontrak kerja pembekalan bot Melaka River Cruise (MRC), tujuh tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Elesabet Paya Wan memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan didapati bersalah serta disabitkan atas empat pertuduhan pindaan.

Menurutnya, sepanjang prosiding pembelaan, hanya dua saksi memberi keterangan iaitu tertuduh dan adiknya dan lelaki itu antara lain menafikan dia menerima wang rasuah berkenaan, tidak berada di tempat serahan wang selain mendakwa tempat cuci kereta seperti dalam pertuduhan tidak wujud.

“Tertuduh juga menafikan pernah membantu syarikat LEC Impresssions Sdn Bhd mendapatkan projek kepada PPSPM serta mendakwa dokumen kewangan syarikat berkenaan dan transaksi kepada seorang lelaki bernama Osman tidak selari seperti jumlah dipertuduhkan.

“Selepas mendengar keseluruhan keterangan saksi, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah untuk mematahkan anggapan mengikut Seksyen 51 Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan terhadap keempat-empat pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama,” katanya.

Elesabet menjatuhi tertuduh dua tahun penjara dan denda RM500,000 bagi pertuduhan pertama; penjara dua tahun, denda RM400,000 bagi pertuduhan kedua serta masing-masing penjara setahun dan denda RM250,000 serta RM150,000 bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Beliau menetapkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh hukuman hari ini serta memerintahkan tertuduh dipenjara 32 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut keempat-empat pertuduhan pindaan, tertuduh yang berjawatan Pengurus di Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Produk (PPSPM) ketika kejadian, secara rasuah menerima suapan tunai berjumlah RM260,000 daripada CEO Syarikat LEC Impressions Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan mencadangkan syarikat berkenaan untuk memperoleh projek membekal 10 bot Melaka River Cruise kepada PPSPM dan semua kesalahan itu dilakukan dalam empat perjumpaan berasingan bersama wakil syarikat, Osman Abdul Rahman di dua lokasi berbeza sekitar daerah Melaka Tengah antara 4 Januari hingga 15 November 2017.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Pegawai Pendakwa, Nur Syakila Yaacob memohon hukuman berat dikenakan atas kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

-Harian Metro

Tags: CEOdendaPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Lawan Saya Boleh Perdaya Dunia Tapi Tak Dapat Tipu Yang Maha Kuasa’ – Najib

Next Post

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Next Post
Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd