• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Baru Kenal Politik Masih Ramai Hidup Dalam Fantasi

oleh Haris
01/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menang dan membentuk kerajaan persekutuan, imej Mahathir melonjak dan menjadi tumpuan ramai.

Bagi ramai golongan muda, gandingan Mahathir dan orang kuatnya, pemuda bernama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman amat menarik.

Ada satu tarikan istimewa dalam imej Mahathir dan orang kuatnya ini, yang ke hulu ke hilir bersama sepanjang kempen.

Syed Saddiq pula berkempen secara halus di media sosial mengangkat Mahathir sepanjang masa, sebagai seorang perfectionist yang menepati masa dan pelbagai lagi kualiti lain.

Kalau diikut kempen Syed Saddiq, memang tidak ada cela langsung seorang tua bernama Mahathir ini, seorang yang dianggap pemimpin hebat dan negarawan.

Tidak mustahil kalau dikatakan undi orang muda membantu PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, hasil populariti Mahathir di mata orang muda.

Maka, apa yang disebut oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa Syed Saddiq menglami delusi atau taksub, memang sukar untuk dinafikan atau dipersoalkan.

Kenyataan TMJ itu menjawab terus dan merobek mitos yang cuba dibawa oleh Syed Saddiq.

Orang muda yang tidak melalui zaman perdana menteri keempat memang tidak akan faham suasana pada masa itu.

Masa itu, seorang perdana menteri menguasai hampir seluruh aktiviti, dari politik hingga ke bidang-bidang lain.

Tidak boleh langsung sebarang kritikan terbuka dilontarkan kepada perdana menteri pada masa itu, kerana boleh mengundang kemarahan dan tindakan hukuman.

Mereka yang baru memahami politik serba sedikit sejak perdana menteri keenam atau kelima tidak akan merasai suasana di bawah perdana menteri keempat.

Ini bukan untuk menafikan kematangan atau keupayaan intelektual orang berumur 20-an, tetapi ini ialah realitinya.

Inilah yang menerangkan kenapa orang muda amat suka dengan sosok tubuh berusia 93 tahun itu.

Dibantu oleh seorang “rakan sebaya” mereka yang kini sudah menjadi menteri, maka mudah untuk mereka terus kagum dengan pemimpin itu.

Mungkin dikuatkan pula dengan pengalaman yang kurang, mereka mengagungkan dan melawan sebarang kritikan, malah kritikan kecil pun dianggap satu tindakan menghina.

Kenyataan TMJ mengkritik Syed Saddiq mungkin menimbulkan kemarahan ramai penyokong Mahathir dan PH, tetapi itulah hakikatnya.

PH telah banyak membuai rakyat dengan fantasi, penipuan, janji palsu dan mitos sejak sebelum PRU14 lagi.

Fantasi dan mitos ini akan makin banyak merosakkan rakyat negara ini kalau dibiarkan, kerana akan mewujudkan satu golongan orang muda yang mula mengenali politik dengan khayalan.

Realiti yang akan dihadapi pada hari-hari mendatang, selepas mereka tersedar dari dibuai mimpi tidak akan seindah apa yang disajikan sejak setahun dua (atau 100 hari) kebelakangan ini. – Mynewshub.tv

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul RahmanTunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd