• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Diminta Bantu Kerajaan Latih ‘Lay Counsellor’

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) yang layak digesa tampil membantu kerajaan melatih seramai mungkin para kaunselor atau ‘lay counsellor’ bagi membantu memberi perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata peranan ‘lay counsellor’ sebagai sistem sokongan sosial dalam komuniti amat diperlukan bagi menampung kekurangan kaunselor dalam negara.

“Memang betul masalah tekanan hidup dan masalah mental semakin meningkat di negara kita dan kita memang memerlukan lagi banyak kaunselor, namun ada masalah kerana tidak ramai yang ambil jurusan kaunselor keluar menjadi kaunselor.

“Mungkin kerana kerja ini tidak menarik atau tidak ada ‘glamour’, ” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (BN-Batang Lupar) yang ingin tahu mengenai pemantauan yang dibuat Lembaga Kaunselor Malaysia terhadap peranan guru kaunselor di sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam menangani kes tekanan jiwa dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti.

Dr Wan Azizah menjelaskan kementerian memberi perhatian terhadap masalah mental di institusi pengajian tinggi dan sekolah termasuk masalah tekanan jiwa, mangsa buli dan penderaan. — LAGI

“Bukan sahaja masalah tekanan jiwa, mangsa buli dan penderaan, mereka yang membuli juga perlu diberi kaunseling. Saya baru sahaja melancarkan satu program yang dibuat oleh NGO tentang buli dan bagaimana kita nak menanganinya.

“Kita ada para kaunselor anjuran Institut Sosial Malaysia yang memberi pendedahan asas mengenai apakah kaunseling dan psikologi kepada masyarakat, dan para kaunselor dan lay counsellor ini boleh dirangkumkan dan diberi latihan,” kata Dr Wan Azizah.

Menjawab soalan asal Rohani mengenai peranan Lembaga Kaunselor dalam menangani kes tekanan jiwa dan mental yang dilihat semakin meningkat di negara ini, beliau berkata ia berperanan memastikan perkhidmatan kaunseling profesional dilaksana mengikut standard ditetapkan dan latihan kepada kaunselor di institusi pengajian tinggi awam atau swasta adalah mengikut piawaian badan itu.

Sepanjang 2018, katanya, Lembaga Kaunselor menganjurkan lima bengkel berbentuk teori dan amali untuk mempertingkat kemahiran kaunselor dan menganjurkan dua seminar tentang kesedaran masalah kesihatan mental di peringkat kebangsaan iaitu di Sabah dan Putrajaya.

Dr Wan Azizah berkata pada 1 Okt lalu beliau melancarkan ‘Garis Panduan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan’ yang dibangunkan Lembaga Kaunselor yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian isu dalam keluarga seperti penderaan, keganasan rumah tangga, penceraian dan pengabaian. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailNGO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd