Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Rujuk Ilmuan Bukan ‘Ustaz...

MELAKA - Orang ramai terutamanya generasi muda digesa merujuk ilmuan dan cendekiawan sekiranya...

Ahmad Fuaad Akan Terajui...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Ahmad...

Kedudukan Exco PAS Di...

SHAH ALAM - Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan...

Neelofa, 2 Portal Setuju Selesai Saman

KUALA LUMPUR – Neelofa dan dua pengendali portal bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman dikemukakan pelakon dan pengacara popular itu yang mendakwa difitnah melalui penerbitan dua artikel mengenai dirinya.

Persetujuan bagi penyelesaian kes itu dicapai melalui proses mediasi di Pusat Mediasi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Nurulizwan Ahmad Zubir yang bertindak selaku perantara.

Kes saman dikemukakan Neelofa terhadap OMM Media Sdn Bhd dan Rotikaya Media Sdn Bhd membabitkan artikel berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima beliau.

OMM Media adalah syarikat pengendali portal Oh My Media manakala Rotikaya Media pengendali portal Rotikaya.

Kes saman itu difailkan secara berasingan terhadap kedua-dua defendan.

Peguam Aiman Ariff Abdul Azij, yang mewakili OMM Media ketika ditemui pemberita selepas proses mediasi, berkata Neelofa dan anak guamnya bersetuju untuk menyelesaikan kes saman itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam itu bagaimanapun tidak mendedahkan terma terbabit.

Katanya, penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye, bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan.

Sementara itu, peguam Mohamad Lokman Hakim Abd Rahman mewakili Rotikaya Media ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak berjaya menyelesaikan kes secara baik.

Beliau berkata penghakiman persetujuan berhubung penyelesaian itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman pada 8 November ini.

Katanya, turut hadir pada proses mediasi itu ialah Norhamzie Hambali mewakili Rotikaya Media.


Melalui saman dan pernyataan tuntutan terhadap OMM Media pada September lalu, Neelofa berkata defendan mengeluarkan pernyataan fitnah terhadapnya melalui artikel disiarkan di laman web defendan iaitu www.ohmymedia.cc.

Plaintif berkata, artikel itu berhubung Anugerah Ikon Wanita yang diterimanya, adalah tidak benar sama sekali dan diterbitkan defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk membuat penafian.

Katanya, selepas beliau menjelaskan keadaan sebenar dan menunjukkan kenyataan rasmi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, defendan masih gagal mengeluarkan artikel terbabit.

Difahamkan, saman difailkan Neelofa terhadap Rotikaya Media turut membabitkan isu sama.

Sementara itu, pemberita gagal mendapatkan penjelasan dan kenyataan daripada Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengenai kes saman terbabit.

Wartawan menunggu hampir dua jam di luar Pusat Mediasi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di tingkat dua selepas mengetahui selebriti itu dan syarikat pengendali portal hiburan Rotikaya serta Oh My Media akan bertemu hari ini bagi proses mediasi untuk menyelesaikan saman itu secara baik.

Usaha untuk menemubual Neelofa bagaimanapun gagal selepas beliau dipercayai keluar melalui pintu lain dan diiringi seorang lelaki sebelum turun ke tingkat satu bangunan kompleks mahkamah dan menaiki kereta BMW hitam.

Wartawan dan jurugambar yang baru menyedari ‘kehilangan’ Neelofa yang berpakaian serba hitam, bergegas untuk mengejarnya bagaimanapun sudah terlambat kerana kereta itu terus meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah. – BH ONLINE

Kategori