Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki, kelmarin.

Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat. Kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya kepada BH Online.

Dengan itu, Haris dan Neelofa meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.


“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya.

Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.

Terdahulu, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...