• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Beri Amaran Putuskan Hubungan Jika UMNO-PAS Terus Kerjasama

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA memberi amaran untuk tidak bekerjasama dengan UMNO jika parti itu terus menjalinkan hubungan dengan PAS tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, UMNO tidak tidak boleh secara uniliteral membuat keputusan bagi pihak BN kerana parti itu berpegang kepada prinsip persetujuan bersama dengan parti komponen yang ada dalam apa juga tindakan bakal diambil.

Katanya, nasib dan masa depan BN tidak terletak pada tangan UMNO sahaja.

“Jika mereka (UMNO) tidak boleh menghormati rakan dalam gabungan ini dan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan MCA, maka MCA tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan UMNO,” katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyatakan perkongsian antara BN-PAS tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat sebaliknya dikukuhkan lagi dengan PAS sebagai rakan kongsi politik baharu.

Terdahulu beliau menyatakan BN akan distruktur dan dijenamakan semula bagi menguatkan kembali gabungan parti itu dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ka Siong turut mengingatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa politik mono-etnik tidak mempunyai masa depan di negara ini.

Katanya, keputusan Ahmad Zahid itu hanya akan membawa UMNO jauh daripada arus politik perdana, dan menyebabkan beliau akan diingati dalam sejarah sebagai orang yang menyebabkan UMNO dan BN berakhir.

“MCA tidak sama sekali dapat bersama dengan beliau untuk menuju ke jalan yang menyebabkan diri sendiri musnah. Kami akan mencari laluan sendiri.

“Menjelang 2 Disember ini, perwakilan MCA akan membuat keputusan yang jelas mengenai nasib MCA sama ada terus bersama dalam BN atau sebaliknya. Kami berharap Ahmad Zahid melakukan yang terbaik jika terus bertegas untuk membentuk satu pakatan dengan PAS,” katanya. – BH ONLINE

Tags: MCAPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd