• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Orang Asli Aring 5 Diganggu Gajah Liar

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kira-kira 300 keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 di sini, hidup dalam ketakutan selepas sekumpulan lebih 10 ekor gajah menghuni berdekatan kawasan perkampungan mereka sejak lebih tiga bulan.

Malah, kumpulan gajah berkenaan turut bertindak memusnahkan leboh 700 batang pokok pisang dan getah yang ditanam penduduk di kawasan seluas enam hektar di perkampungan itu.

Guru agama masyarakat Orang Asli, Mohd Fazli Mamok, 32, berkata berikutan kejadian itu, penduduk terpaksa berjaga malam kerana bimbang kumpulan gajah liar tersebut menyerang rumah penduduk.

“Sebelum ini sudah beberapa kali gajah menghampiri kawasan penempatan dan pernah merosakkan sebuah rumah penduduk namun ia dibina kembali oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Berikutan itu, penduduk terpaksa mengatur jadual untuk mengadakan rondaan dalam kawasan kampung sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Fazli berkata penduduk juga berasa serik untuk menanam kembali pisang dan getah kerana takut dimusnahkan oleh kumpulan gajah berkenaan walaupun ia merupakan sumber utama mata pencarian mereka selama ini.

Seorang penduduk, Faizal Anjang, 30, berkata kampung itu terletak berhampiran kawasan Taman Negara dan menjadi laluan haiwan liar khususnya kumpulan gajah untuk mencari makanan.

Beliau berkata sebelum ini terdapat sebilangan penduduk memilih untuk berpindah ke kawasan lain kerana tidak tahan dengan ancaman gajah liar yang memusnahkan tanaman yang menjadi punca utama pendapatan penduduk selama ini.

“Selain merosakkan tanaman, ada juga gajah yang mengganggu penduduk dengan menggoncang rumah yang didiami mereka pada awal pagi.

“Kejadian itu menyebabkan penduduk tersedar daripada tidur dan bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamal Alias, 32, berkata beliau melihat sekumpulan gajah liar itu berkeliaran di kawasan kediaman penduduk antara 1 pagi hingga 6 pagi pada Khamis lepas.

“Walaupun gajah liar itu tidak terlalu ganas dan cepat beredar dari situ apabila dihalau tetapi kami tetap bimbang terutama terhadap keselamatan kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gajah LiarOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd