Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Musang King Udah Luruh...

KUANTAN - Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke...

Pusat Penyelidikan PAS Dedah...

KUALA LUMPUR - Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran...

Pusat Pemindahan Banjir Kedua...

GEORGE TOWN - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka pagi ini di daerah...

Tony Pua Tidak Patut...

KUALA LUMPUR - Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua kini berdolak-dalik...

Mangsa Banjir Di Kerian Kekal 29 Orang Pagi Ini

IPOH – Paras air banjir di lokasi masih tiada penurunan menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 29 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, kesemua mereka masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak petang Ahad.

Mereka adalah mangsa dari tiga buah kampung – Parit Mat Keling, Parit Ali Kalang dan Parit Air Hitam 3.

“Paras air banjir di lokasi kejadian antara 0.5 hingga 1 meter. Ini kerana air dalaman daripada hujan lebat tidak dapat mengalir keluar ke sungai disebabkan paras air Sungai Kurau yang tinggi,” kata kenyataan itu.

Cuaca pada sebelah pagi di Kerian adalah cerah. – BERNAMA

Kategori