• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan SST Terhadap Harga Barang Masih Belum Ketara

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap harga barangan masih belum ketara kerana ia di peringkat awal pelaksanaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata harga barangan dijangka akan mengalami impak selepas stok barangan yang dikeluarkan pada September berada di pasaran.

“Memandangkan SST masih di peringkat awal, impak cukai jualan itu masih belum ketara. Bagaimanapun, kita akan terus membuat pemantauan pergerakan harga barangan keperluan pengguna di pasaran bagi memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) yang ingin tahu mengapa harga jualan barang masih tinggi walaupun sistem cukai bertukar dari Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang rapi menerusi pemantauan dan pemeriksaan harga dilaksanakan sepanjang masa ke atas semua premis perniagaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak mengeksploitasi harga barangan.

“Kementerian juga akan sentiasa peka terhadap aduan pengguna mengenai isu kenaikan harga barangan berikutan pengenalan semula cukai SST ini,” katanya.

Katanya, pihaknya telah memperkenalkan saluran aduan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317 yang telah mencatatkan sebanyak 11,178 mesej aduan sepanjang September lalu. – BERNAMA

Tags: SST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd