• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Rahim Terhadap Mat Sabu, Selesai

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung dakwaan memfitnah beliau melakukan kesalahan seksual selesai hari ini selepas menteri itu menarik balik kenyataannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Aliza Sulaiman merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian semasa pengurusan kes tersebut.

Prosiding di dalam kamar hakim itu dihadiri oleh peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili Mohamad, manakala peguam R.Roshini bertindak bagi pihak Abdul Rahim.

“Pihak defendan iaitu Mohamad telah menarik balik kata-kata yang diadukan dan pihak plaintif iaitu Abdul Rahim telah menarik balik kes, tiada kos diperintahkan, kedua-dua pihak bertolak ansur,” kata Nasar Khan ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Roshini turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak mahu menyelesaikan kes itu. –

Pada 6 Februari 2017, Abdul Rahim selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Mohamad selaku defendan yang didakwa telah membuat tohmahan, bohong dan tidak berasas berhubung salah laku terhadapnya.

Abdul Rahim memohon perintah injunksi untuk menahan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu daripada terus memfitnahnya secara lisan mahupun dalam media cetak serta Internet dan permohonan maaf.

Abdul Rahim juga menuntut pihak defendan untuk membayar ganti rugi am berjumlah RM1.5 juta dan ganti rugi teruk. – BERNAMA

Tags: Mat SabuRahim Thamby Chik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd