• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bentang Kertas Putih Pertahanan Tahun Depan

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan prinsip dan strategi pertahanan serta pelan pembangunan keupayaan terkini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata bagi memastikan dasar pertahanan negara dapat menangani cabaran semasa dan akan datang, kertas putih itu akan disediakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementerian akan menggunakan pendekatan ‘whole-of-government’ atau ‘whole of society approach’ di dalam merangka kertas putih berkenaan.

“Isu berkaitan pertahanan dan keselamatan wajar dibincangkan secara terbuka untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat memahami kepentingan pertahanan dan keselamatan, serta menggalas tanggungjawab secara bersama selaras dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) di bawah dasar pertahanan negara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (Bukit Bendera-PH) berhubung dasar pertahanan negara dalam menghadapi cabaran daripada segi udara, laut, darat dan siber.

Mengulas lanjut, Liew berkata tujuan kertas putih pertahanan diadakan adalah bagi memaklumkan kepada anggota Parlimen dan juga rakyat tentang cabaran yang dihadapi kementerian.

“(Juga) untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat dan dewan supaya kita dapat tangani isu dan cabaran baharu seperti cabaran siber dan biokimia, kita mesti bersedia sebagai satu negara.

“ATM dan kementerian ada Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia (4D MAF) dan pelan-pelan lain, tetapi memang keadaan, strategi dan geopolitik kita berkembang dan berubah cepat, kita perlu satu negara iaitu kita semua memahami cabaran yang akan datang supaya kita hadapinya bersama,” katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu-PAS) berhubung persediaan kementerian menghadapi cabaran keselamatan berbentuk baharu termasuk ancaman siber dan nuklear.

Jelasnya, tugas untuk mempertahankan negara sememangnya adalah tugas ATM dan kementerian namun rakyat juga perlu turut mengambil berat dan menghadapi semua cabaran secara bersama. – BERNAMA

Tags: ATMParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd