• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempunan Cincin Tunang Akibat Ditipu Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tindakan seorang kerani wanita membuat tempahan cincin pertunangan menerusi panggilan telefon membawa padah apabila barang kemas itu tidak diterimanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 22 tahun mendakwa berurusan dengan suspek wanita bernama Meena pada 5 Jun lepas.

Mangsa yang bekerja di sebuah tempat keagamaan mendakwa memperoleh nombor telefon suspek menerusi iklan di laman sosial Facebook.

“Mangsa bersetuju menempah dua bentuk cincin emas untuk majlis pertunangannya yang dijadualkan pada 15 Sept lalu dan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM380.

“Mangsa juga membuat bayaran penuh sebanyak RM3,370 pada 11 Jun lepas dan dimaklumkan barang kemas itu akan dihantar melalui pos sekitar Julai.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima barangan itu dan suspek memberikan pelbagai alasan apabila ditanya sebelum didakwa bersetuju memulangkan wang kerana gagal menyiapkan cincin itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah suspek berjanji untuk memulangkan wang pada Sept 2018, namun pada 16 Okt lalu dia menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa berserta resit yang dikatakan bukti penghantaran cincin berkenaan.

Bagaimanapun, semakan yang dibuat mangsa di pejabat pos mendapati tiada rekod bagi nombor resit itu, dan Meena sekali lagi memberikan pelbagai alasan apabila dihubungi mangsa.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dekat sini, semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipuWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd