Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

JPAM Perkenal ‘Sistem Beg...

BENTONG - Melihat situasi mangsa banjir yang kebiasaannya hanya sehelai sepinggang dan terpaksa...

Kisah Lucu Syarikat Fesyen...

PELBAGAI cara pelik dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan unik...

Tindakan Dua Anggota Parlimen...

SEREMBAN - Tindakan dua anggota Parlimen daripada UMNO yang mengumumkan keluar daripada parti...

Kubur Bekas Ceo Cradle...

PETALING JAYA – Kubur bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd...

Kelantan Minta Petronas Kemuka Jumlah Rasmi Bayaran Royalti

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak pengeluaran petroleumnya bermula 1982.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia berikutan sehingga kini Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang angka yang khusus berhubung perkara berkenaan.

“Cuma untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini saya boleh sebut saya rasa, berdasarkan maklumat-maklumat yang kita kumpul daripada laporan dan jawapan menteri di Parlimen, daripada mula-mula pengeluaran petroleum hasil laut yang digali dari Kelantan, kita sepatutnya menerima bayaran daripada Petronas melebihi RM14 bilion.

“Kalau kita dapat harta ini kita dapat melihat berapa banyak sebenarnya duit kita yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan (selama ini),” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) yang mahu tahu mengapa Kerajaan Negeri tidak memasukkan terimaan hasil royalti dalam Belanjawan 2019 bagi meningkatkan kewangan negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata banyak perkara boleh diselesaikan jika Kerajaan Persekutuan membayar kesemua jumlah tuntutan royalti Kelantan termasuklah masalah bekalan air, perumahan mampu milik dan sampah.

“Bukan kita nak cari alasan tapi itulah realiti, sebab orang Kelantan kata dah, ‘takdok pitih bodo selalu, ado duit cerdik selalu’.


“Apa yag kita tuntut adalah hak yang kita. Jadi kalau kita setakat nak minta pinjam RM90 juta pendahuluan tu tak ada apa-apalah sebab duit kita banyak lagi dengan Kerajaan Persekutuan, dan kalau kita berhutang lebih RM300 juta dengan Kerajaan Persekutuan, boleh dikira kecil lagi (berbanding) duit yang disimpan RM14 bilion itu,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar menjawab soalan dikemukakan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) yang mahu tahu apakah strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah hasil negeri dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai sumber baharu sebagai alternatif meningkatkan kewangan negeri.

Menjawab soalan berkenaan, Mohd Amar berkata ada beberapa strategi jangka pendek diambil Kerajaan Negeri untuk tujuan berkenaan, antaranya pelarasan kadar baharu bayaran perkhidmatan membabitkan bayaran pendaftaran pindah milik pendaftaran gadaian dan bayaran royalti gadaian batuan.

Selain itu, ia membabitkan pelarasan cukai tanah di seluruh negeri, pungutan royalti mineral berasaskan keluaran secara bulanan dan mewartakan kawasan mendulang di bawah Seksyen 14 Enakmen Mineral 2001 bagi membolehkan pihak-pihak yang berminat memohon lesen dan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri. – BERNAMA

Kategori