• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kutipan Bayaran Balik PTPTN RM817.56 Juta

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima adalah sebanyak RM817.56 juta bagi tempoh Jun hingga September lalu berbanding RM1,324.43 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata jumlah tersebut diperoleh selepas proses mengeluarkan 429,945 orang peminjam PTPTN daripada senarai hitam yang dilakukan secara berperingkat mulai 24 Mei lepas dan selesai sepenuhnya pada 8 Jun lalu.

“Bagi memastikan bayaran balik yang berterusan diterima daripada peminjam, tindakan penyenaraian dan pengemaskinian rekod bayaran peminjam dalam rekod kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) masih dilaksanakan.

“Selain daripada itu, tindakan perundangan (saman) juga boleh diambil ke atas peminjam yang ingkar membuat bayaran,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang diterima selepas tindakan senarai hitam dihapuskan dan usaha yang akan dilaksanakan bagi memastikan sasaran jumlah bayaran balik dapat dicapai.

Teo berkata kajian holistik mengenai dasar baharu pinjaman PTPTN telah selesai dilaksanakan pada 26 Sept lalu dan setakat ini masih menunggu ulasan daripada beberapa agensi kerajaan yang terlibat sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri. – BERNAMA

Tags: bayarankutipanPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd