• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Teruja Tandatangan Perjanjian Luar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa tanpa membuat kajian secara menyeluruh dan impaknya terhadap rakyat.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan memberi kesan bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah turut membabitkan kaum lain.

“Malah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, PAS, MCA dan MIC juga kena diharamkan kerana ia parti berdasarkan kaum, itu dari segi politik.

“Dari segi institusi pula, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB), mungkin Tabung Haji juga (akan diharamkan) kerana ia untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar dewan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menandatangani satu perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penanaman tembakau.

“Akhirnya Kelantan yang menderita paling banyak apabila ramai penanam tembakau kehilangan pekerjaan mereka. Walaupun Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) namun ia masih tidak dapat membantu penanam tebakau.

“Kita tak tahu mana nak letak penanam tembakau kita pada masa itu. Kita telah buat kesilapan itu… itu kecil sahaja dari segi pendapatan. Tapi ICERD ini melibatkan maruah kita, bangsa kita, negara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Md Alwi Che AhmadKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd