• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Lari Tinggal Anak

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Tindakan seorang pekerja kilang warga Indonesia meninggalkan bayinya yang ketika itu baru berusia lima bulan kepada ibu tunggal menimbulkan masalah untuk urusan pendaftaran dan kesihatan bayi berkenaan.

Noor Maslina Harun, 30, berkata, wanita dikenali sebagai Hulitah, 26, pada mulanya menumpang di rumahnya di Taman Skudai, Johor Bahru selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta pada 2 Mac tahun lalu.

Katanya, dia tidak mengenali wanita itu tetapi atas dasar simpati, dia sanggup menjaga wanita dan bayi itu sebelum Hulitah mula bekerja di sebuah kilang selepas selesai tempoh berpantang dua bulan kemudian.

“Sepanjang bekerja, Hulitah meninggalkan bayinya untuk saya jaga dengan turut memberikan wang bagi keperluan bayinya. Bagaimanapun lima bulan kemudian, dia jarang pulang menjenguk anaknya atau memberikan wang nafkah tetapi pada mulanya saya menganggap mungkin dia sibuk bekerja.

“Pada pertengahan Oktober tahun lalu, Hulitah pulang ke rumah dan menyerahkan sedikit wang perbelanjaan dan surat pemeriksaan kesihatan serta surat pengesahan kelahiran bayi.

“Dia berpesan meminta saya menjaga anaknya sebaik mungkin dan berjanji kembali semula kepada anaknya selepas menyelesaikan beberapa urusan keluarga tetapi sejak itu kami terputus hubungan. Saya juga berpindah ke FELDA Bukit Tongkat awal tahun ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Seri Lambak, dekat sini.

Noor Maslina berkata, ketiadaan dokumen pengenalan diri menyukarkan urusan kebajikan dan kesihatan bayi itu yang kini berusia 19 bulan.

Sehubungan itu, dia meminta Hulitah atau sesiapa saja yang mengenali wanita itu supaya menghubunginya di talian 012-7627238 untuk membuat urusan penyerahan anak angkat secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – myMetro Online

Tags: anakIbu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd